[ad_1]

TOKYO: Seorang warga Jepun dipercayai lelaki paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Perkara itu disahkan organisasi dan rumah jenazah yang memaklumkan mendiang, Chitetsu Watanabe meninggal dunia pada Ahad.

Bagaimanapun, punca kematian Watanabe masih belum disahkan.

Media Jepun melaporkan Watanabe sebelum ini tidak boleh makan dan mengalami demam selain sukar bernafas.

Dia menerima sijil rekod dunia Guinness sebagai lelaki tertua pada 12 Februari lalu.

Watanabe yang dilahirkan pada tahun 1907 meninggalkan lima anak dan 12 cucu.



[ad_2]
Source link