[ad_1]

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan tetak di bahagian leher berhampiran sebuah warung di Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Jimboy Basal, 40, ditemui dengan keadaan berlumuran darah oleh anak lelakinya.

Difahamkan sebelum kejadian, anak mangsa yang berusia 14 tahun itu dikatakan telah terserempak dengan empat lelaki termasuk seorang daripadanya adalah sepupu mereka bertanyakan lokasi mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Jimboy Basal, 40, ditemui dengan keadaan berlumuran darah oleh anak lelakinya. - Foto Astro AWANI

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi hari ini berkata, polis menerima laporan pada jam 1.50 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dikerahkan untuk pemeriksaan lanjut.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa yang ditemui sudah meninggal dunia dan terdapat kesan luka di lehernya dipercayai akibat ditetak menggunakan benda tajam.

“Motif kes ini masih belum dapat dikenalpasti tetapi kita berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan pada pagi ini,” katanya.

Jelas beliau, siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan ini berkenaan.

Tambah Habibi, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



[ad_2]
Source link