[ad_1]

MANJUNG: Seorang lelaki ditemui lemas manakala seorang rakannya masih hilang ketika mandi di Pantai Teluk Batik, dekat sini, hari ini.

S Emmanuel Raj, 21, ditemui lemas pada 6.55 petang manakala rakannya, R Vigneis,22, masih belum ditemui.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, Abdul Hazhar Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 6.09 petang.

Menurutnya, mangsa pertama ditemui terapung dibawa arus ombak sebelum anggota bomba bersama orang awam membantu membawa mangsa ke tepi pantai.

“Mangsa telah diberi bantuan pernafasan oleh pasukan perubatan tetapi dia disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 petang,” katanya.

Menurutnya, operasi pencarian masih dijalankan dalam lingkungan 50 meter dari pantai.

Operasi mencari dan menyelamat disertai 59 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Rela, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan hospital.

Kedua-dua mangsa dikatakan pergi ke pantai berkenaan bersama-sama enam rakan mereka yang lain.



[ad_2]
Source link