[ad_1]

GOPENG: Hasil pencarian hampir tiga jam oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, berjaya menemukan mangsa lelaki yang dilaporkan lemas di lombong dekat Changkat Tualang, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.45 pagi.

Ekoran itu, anggota dari BBP Gopeng dengan bantuan dari PPDA Ipoh bergegas ke lokasi bagi mengesan seorang lelaki berumur sekitar 30 tahun yang dikatakan terjatuh di dalam lombong itu.

“Hasil pengesanan dari anggota BBP Gopeng memang wujud kes lemas di lokasi itu dan memohon bantuan unit PPDA BBP Ipoh untuk kerja pencarian mangsa.

“Pasukan unit PPDA telah menjumpai mangsa dari jarak 50 meter dari tebing lombong itu dengan menggunakan teknik selaman dasar.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat itu termasuk sembilan anggota polis, tujuh anggota BBP Gopeng dan lima anggota unit PPDA Ipoh.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Norzamri A. Wahab itu tamat pada pukul 12.10 tengah hari.



[ad_2]
Source link