KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Taman Batu di ibu negara, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira sedang marak terbakar. Api berjaya dipadamkan sembilan minit kemudian.

“Anggota menemui seorang lelaki berusia lingkungan 50 rentung di bahagian tempat duduk pemandu kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.





Source link