[ad_1]

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berumur 46 tahun ditemui lemas berdekatan sebuah jeti di Kampung Mawai, di sini pada Isnin malam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, PBK II Ibrahim Wahid berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.47 malam dan menghantar satu jentera serta lapan anggota ke lokasi.

Katanya mangsa yang lemas dikenali sebagai Mustaffa Ali.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa lemas lelaki dewasa. Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Difahamkan mangsa dibawa oleh ahli keluarganya menaiki ambulan untuk ke rumah tetapi disebabkan banjir, ambulan tidak boleh melepasi jalan ke rumah mangsa.

Jelasnya, mangsa kemudian dibawa keluar oleh pasukan bomba ke Balai Polis Mawai.

“Setibanya di Balai Polis Mawai mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lagi.

Menurut Ibrahim, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



[ad_2]
Source link