[ad_1]

KUALA TERENGGANU : Seorang buruh direman selama seminggu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff, untuk siasatan lanjut.

Suspek yang berumur 54 tahun dipercayai melakukan amang seksual keatas mangsa pada bulan Disember lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu mangsa tinggal di rumah pengasuh yang terletak di daerah Kuala Nerus.

Perbuatan suspek yang juga bapa saudara kepada pengasuh, terbongkar apabila mangsa memberitahu perbuatan suspek kepada keluarganya.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.



[ad_2]
Source link