[ad_1]

MUMBAI: Legenda filem Bollywood, Rishi Kapoor dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai, India pada Khamis selepas dikejarkan ke hospital.

Portal tempatan The Times of India melaporkan, perkara itu disahkan oleh abang mendiang, Ranhir Kapoor.

Mendiang  dimasukkan ke hospital tersebut pada Rabu ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sejak 2018.

Nama Rishi melonjak selepas filem romantik remaja lakonannya Bobby disiarkan pada 1973.

Filem itu turut mendapat sambutan hangat di Malaysia.

BERITA LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link