[ad_1]

BALIK PULAU: Lima puluh pelajar Politeknik Balik Pulau dikejarkan ke Hospital Balik Pulau hari ini, dipercayai akibat keracunan makanan.

Kesemua mangsa dipercayai mengalami keracunan sejak jam 4 petang Rabu selepas menghadiri program taklimat mengundi anjuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di institut terbabit.

Program itu disertai 207 pelajar semester satu, bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Difahamkan, pelajar dihidangkan dengan jamuan menu nasi ayam merah, telur dan sayur kubis pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun, puluhan penuntut berkenaan mula mengadu sakit perut bermula jam 4 petang sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Kesemua pelajar ditemani pensyarah untuk menerima rawatan secara berperingkat.

Sehingga jam 10 malam ini, lebih 50 pelajar telah dibawa ke hospital dengan masih ada yang menerima rawatan.



[ad_2]
Source link