[ad_1]

JAKARTA/WAMENA: Sekurang-kurangnya 20 terkorban manakala puluhan lagi cedera dalam rusuhan terbaharu di wilayah Papua, Indonesia.

Dalam insiden pada Isnin, mangsa dilapor dibakar hidup-hidup di kediaman mereka oleh perusuh, lapor CNA.

“Kebanyakan mangsa maut dalam kebakaran,” kata jurucakap tentera Papua, Eko Daryanto.

“Jumlah yang terkorban mungkin meningkat dalam bangunan yang terbakar,” tambahnya.

Sementara itu, jurucakap polis Dedi Prasetyo berkata situasi semasa sedang dipantau pihak berkuasa termasuk tentera agar ia tidak merebak.

Papua, yang terletak di barat kepulauan New Guinea, kini bertarung dengan keganasan yang tercetus daripada isu perkauman selain desakan untuk kuasa autonomi di wilayah miskin itu.



[ad_2]
Source link