KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk menjejak seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Individu tersebut, Md Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan  03-88801555 selepas waktu pejabat.

BACA: Al Jazeera, wartawan akan dipanggil polis dalam masa terdekat – KPN

Rayhan sebelum ini terbabit dalam laporan dokumentari terbitan Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ dan mendakwa wujud diskriminasi dalam cara Malaysia mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing.

Kenyataan media dari Jabatan Imigresen.




Source link