[ad_1]

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 11 kes positif COVID-19 dan lapan daripadanya adalah daripada kluster petugas kesihatan di negeri itu.

Mengesahkan perkara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata tujuh kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes lagi di Samarahan.

“Ini adalah hasil pemeriksaan besar-besaran untuk semua staf klinikal di Hospital Umum Sarawak agar dapat mengesan semua kes, “katanya  ketika mengulas isu berkenaan pada sidang media Covid-19 di DUN Lama di Kuching pada Rabu.

Bagaimanapun tambah Dr Chin, pihaknya mendapati kebanyakan kes positif dari kluster itu adalah tidak bergejala.

Sehubungan itu, pihaknya perlu melakukan pemeriksaan besar-besaran agar dapat mengesan semua kes sekali gus mengurangkan penularan.

Kata Dr Chin, individu yang positif kini menerima rawatan di pusat kesihatan dan tindakan lanjut termasuk menghubungi kontak rapat dilakukan dengan segera.



[ad_2]
Source link