[ad_1]

SEREMBAN: Lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diberhentikan tugas tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata mereka diberhentikan berikutan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah, tidak hadir bertugas, pemalsuan dokumen dan kes kecurian.

Katanya, bagaimanapun jumlah berkenaan bukan yang tertinggi pernah direkodkan jabatan itu.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tiga tahun lepas iaitu 14 orang pada tahun 2018, 21 orang pada 2017 dan 44 orang pada 2016,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengarah negeri, Hamdan Ali, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohammad Hamdan turut meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian kebakaran di tapak pelupusan sampah.

Terdahulu, pada majlis berkenaan seramai 16 orang menerima Pingat Kebesaran Jabatan manakala 60 yang lain menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. – BERNAMA



[ad_2]
Source link