KINABATANGAN: Seekor lagi gajah pygmy Borneo ditemui mati di kawasan Melangking Sukau, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata pihaknya mengesahkan ada menerima laporan terbabit.

Menurutnya, ia hanya laporan awal dan beliau belum menerima sebarang butiran lanjut kejadian.

“Kami baru menerima laporan awal ada gajah mati di kawasan Melangking tapi kami belum sampai di lokasi untuk buat siasatan lanjut.

“Jadi buat masa ini belum ada butiran lanjut dapat saya berikan. Jika ada nanti, saya akan salurkan maklumat berkenaan,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Penemuan terbaru itu menjadikan jumlah gajah mati di Sabah untuik tahun ini sebanyak 23 ekor.

Terdahulu, pada awal bulan ini, bangkai seekor gajah ditemui terapung di Sungai Kinabatangan.

Sebelum itu, seekor gajah tanpa gading ditemui mati di sebuah ladang di Beluran dan satu kes sama juga turut berlaku di Tawau.

BACA: Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan

BACA: Menyedihkan… Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan

BACA: Seekor lagi gajah Pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan 

BACA: Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru ditemui dalam badan





Source link