PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan (kabupaten) daerah Kutai Kertanegara dan Penajem Paser Utara di Kalimantan Timur dipilih sebagai lokasi ibu kota baharu negara itu.

Pemilihan berkenaan dibuat selepas kerajaan melakukan kajian yang teliti.

“Lokasi ibu kota baharu yang paling ideal adalah di Kabupaten Penajem Paser Utara dan sebagian Kabupaten Kutai Kertanegara di Kalimantan Timur, ” kata Jokowi di Istana Kepresidenan dalam sidang akhbar di Jakarta pada Isnin.

Sebelum ini, Jokowi pernah memberikan kenyataan bahawa ibu kota Indonesia akan dipindahkan ke Pulau Kalimantan ketika mengadakan mesyuarat membincangkan hal berkenaan awal bulan ini.

Menurut Jokowi, selama ini, kegiatan ekonomi Indonesia secara umumnya berpusat di Jakarta dan Pulau Jawa.

Keadaan ini menyebabkan Jakarta dan Pulau Jawa terlalu padat sehingga menyebabkan wilayah-wilayah lain terpinggir.

Sehubungan itu, perpindahan ibu kota ke Pulau Kalimantan kelak akan diletakkan dalam konteks sama rata.

Kalimantan dipilih sebagai lokasi menggantikan Jakarta kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah negara besar itu.

Lokasi itu juga bebas bahaya daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi berbanding wilayah yang lain.

Isu pemindahan ibu negara itu bukan baharu, sebaliknya, sudah lama dirancang.

Indonesia sebelum ini pernah tiga kali berpindah ibu negara sekali pada tahun 1946 dan kali kedua pada 1948.





Source link