[ad_1]

SAO PAULO: Beberapa syarikat pengendalian pengebumian di Brazil telah mula menggali semula kubur dan mengeluarkan mayat reput bagi membolehkan mangsa COVID-19 dikebumikan.

Rata-rata perkhidmatan pengebumian di Sao Paulo memaklumkan, mayat yang telah ditanam sekurang-kurangnya tiga tahun akan digali dan dimasukkan ke dalam beg bernombor, dan akan disimpan buat sementara dalam bekas simpanan logam.

Bekas simpanan itu akan dipindahkan ke tempat penyimpanan barang awam sedia ada, menurut kenyataan dari pejabat dewan bandaraya.

Penyelianya, Thiago Dias da Silva, memberitahu saluran Globo cara itu lebih praktikal dan murah berbanding membina tempat penyimpanan baharu.

Sao Paulo merupakan salah satu kawasan paling teruk terkesan akibat COVID-19, dengan lebih 5,000 kematian pada minggu lalu.

Pakar kesihatan bimbang terjadinya lonjakan selepas Datuk Bandar Sao Paulo, Bruno Covas, mengeluarkan arahan melonggarkan perintah berkurung.

Dapat dilihat pengangkutan awam mulai padat, orang ramai beratur di pusat beli-belah dan majoritinya mengabaikan penjarakan sosial.

Negara Amerika Selatan itu kini merupakan negara dengan jumlah kematian kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, dengan lebih 42,000 kematian.



[ad_2]
Source link