[ad_1]

NEW YORK: Peranan asal penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dikembalikan untuk memastikan badan dunia itu kekal menjadi organisasi bertamadun.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata badan dunia itu gagal melindungi rakyat miskin daripada tindakan peperangan.

Walaupun PBB dilihat banyak membantu dalam isu kesihatan dan keselamatan konflik dalaman, namun Dr Mahathir berpandangan masih banyak yang perlu dilakukan badan itu.

“PBB masih boleh lakukan banyak lagi. Tapi dana mereka tidak mencukupi. Negara-negara yang terutama yang kaya tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Itu memalukan.

“Kita perlu menyokong PBB walaupun ia gagal untuk menghapuskan peperangan.

“Sebaliknya mereka buat sesuatu berkenaan kesihatan, pendidikan dan keselamatan sosial yang memperlihatkan berbaloi untuk PBB wujud,”  katanya pada debat umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menegur Majlis Keselamatan PBB untuk mempertimbangkan semula kuasa veto sedia ada.

“Kuasa veto sepatutnya hanya sah apabila dua kuasa veto bersama tiga bukan veto bersetuju untuk melaksanakannya. Salah guna (kuasa) akan dapat dikurangkan.

“Tiga suku abad adalah masa yang panjang. Kita tidak boleh ditebus dengan peristiwa-peristiwa yang lampau. Kuasa veto tidak boleh berfikir bahawa mereka akan sentiasa melangkaui undang-undang dan norma antarabangsa.

“Kini senjata yang baharu dan murah tetapi berkuasa telah dicipta, bahkan golongan yang miskin boleh menghasilkan dan menggunakannya. Jika kita tidak mengiktiraf peperangan sebagai jenayah, keselamatan kita tidak dapat dikekalkan,” ujarnya.

Justeru tegasnya, PBB mesti menghukum mereka yang mencetuskan peperangan selaras dengan misi penubuhannya.



[ad_2]
Source link