[ad_1]
Dalam kenyataannya hari ini, KPLB menamakan Datuk Dr. Roziah Omar sebagai pengerusiKolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd, Mazlan Othman bagi MARA Liner Sdn Bhd, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya bagi Asia AeroTechnic Sdn Bhd dan Shaik Rizal Sulaiman sebagai pengerusi Harta Prima Realties Sdn Bhd.
Sementara itu, Rosely Kusip pula dilantik sebagai pengerusi RISDA Estates, salah sebuah anak syarikat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang berperanan dalam pengurusan ladang dan kilang di bawah urus tadbir RISDA.
Di samping itu, KPLB turut mengumumkan pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang baharu di bawah GIATMARA dan lima ALP baharu untuk RISDA.
— BERNAMA
[ad_2]
Source link