[ad_1]

GEORGE TOWN: Tiga bungkusan misteri ditemui di hadapan pejabat kedutaan China di Pulau Pinang mencetuskan suasana panik.

Bagaimanapun, anggota polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) yang bergegas ke lokasi kejadian meletupkan bungkusan tersebut.

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu sekitar jam 3.20 petang pada Jumaat.

Anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan Bagan Jermal serta anggota unit pemusnah bergegas ke lokasi kejadian.

Selepas pemeriksaan awal, anggota unit pemusnah meletupkan bungkusan tersebut.

Namun, selepas pemeriksaan lanjut, didapati dalam bungkusan tersebut mengandungi topeng muka dan hidung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Suffian Santong memaklumkan siasatan mendapati tiga kotak tersebut ditinggalkan sekumpulan individu yang mahu mendermakan topeng muka dan hidung untuk rakyat Wuhan susulan penularan wabak koronovirus di negara berkenaan.

Jelasnya, kumpulan itu datang ke pejabat kedutaan menaiki dua kenderaan dan meletakkan kotak berkenaan sambil memegang kain rentang dalam bahasa Mandarin yang bertulis “Wuhan jangan putus asa, China terus berusaha dan rakyat Cina di Malaysia mendoakan keselamatan dan kesihatan”.

Kumpulan itu berada di lokasi untuk tempoh 30 minit bertindak  merakam gambar kumpulan terdiri dari lima lelaki dan dua wanita itu sebelum beredar.



[ad_2]
Source link