[ad_1]

BACHOK: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menangguhkan pengambilan 200 pelajar baharu dari China untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di universiti itu bermula bulan ini sebagai langkah pencegahan jangkitan novel koronavirus 2019.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata penangguhan itu berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Pengambilan semula mereka dijangka akan dilakukan pada bulan September depan dengan harapan wabak itu dapat dibendung,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Karnival Penyelidikan dan Inovasi UMK di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Selain itu, Noor Azizi berkata pihaknya juga tidak membenarkan pelajar dan pensyarah serta kakitangan daripada mengunjungi China dan negara sekitarnya dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata bagi pelajar dari China dan negara sekitarnya yang sedang mengikuti pengajian di UMK, mereka dipantau oleh Pusat Kesihatan universiti itu bagi memastikan tiada jangkitan virus berkenaan.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link