[ad_1]

PUTRAJAYA: Seorang pelancong wanita dari Wuhan, China yang berkunjung ke Malaysia disahkan positif wabak koronavirus.

Kes terbaharu yang diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang positif wabak yang membimbangkan itu di Malaysia berjumlah 15 kes.

Menurut Dr Dzulkefly, wanita berkenaan berusia 59 tahun bersama-sama suami, anak lelaki dan menantunya tiba di Singapura pada 17 Januari lalu.

Wanita tersebut bersama keluarganya, kata Dr Dzulkefly, berkunjung ke Johor Bahru empat hari kemudian dan banyak menghabiskan masa di tempat penginapan.

“Beliau mula mengalami gejala demam pada 26 Januari 2020. Beliau tidak mendapatkan rawatan dari mana-mana fasiliti kesihatan dan hanya mengambil ubat demam yang dibeli anaknya dari farmasi berhampiran tempat penginapannya,” kata beliau dalam sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Mangsa berkenaan, ujar Dr Dzulkefly, dijadualkan pulang ke China pada 4 Februari 2020 dengan menaiki
penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou, tetapi telah menangguhkannya kerana kurang sihat.

BERITA LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link