[ad_1]

KUALA LUMPUR: Korea Selatan hari ini secara keseluruhan mencatatkan tujuh kes positif Novel Koronavirus (2019-nCoV), kata Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit negara itu.

Kes ketujuh melibatkan seorang lelaki Korea Selatan berusia 28 tahun, yang dikatakan telah kembali dari Wuhan, melalui Qingdao di timur wilayah Shandong, China.

Lelaki itu tiba di Incheon pada 23 Januari, sebelum mula mengalami batuk pada hari seterusnya. Pada 28 Januari dia dilaporkan mengalami demam dan pergi mendapatkan rawatan pada 29 Januari.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa 

Pesakit itu kemudian telah dipindahkan ke bilik kuarantin di Pusat Perubatan Seoul pada Khamis, selepas ujian yang dijalankan mengesahkan dia dijangkiti 2019-nCoV.

Media sebelum ini melaporkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengesahkan kes pertama jangkitan koronavirus daripada ‘person-to-person transmission’ (jangkitan daripada manusia ke manusia) di negara berkenaan.

Kes pertama jangkitan manusia ke manusia itu disahkan berlaku di Illinois yang mana mangsa kedua di negeri itu dan merupakan kes keenam yang disahkan positif di Amerika Syarikat.

BACA: Koronavirus: Jangkitan manusia ke manusia meningkat kepada 9 kes 

Secara keseluruhannya angka kematian akibat 2019-nCoV kini meningkat  kepada 213 kes berbanding 171 kes semalam, susulan 42 kes kematian terbaharu yang dicatatkan di China.

Daripada jumlah itu, 30 kematian dilaporkan di Wuhan, wilayah Hubei, dengan jumlah 5,806 kes dilaporkan di wilayah berkenaan.

BACA: Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 213 



[ad_2]
Source link