[ad_1]

PUTRAJAYA: Dua kes baharu Novel Koronavirus (2019-nCoV) dikesan di negara ini, ujar Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kes pertama melibatkan seorang warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

Rakyat Malaysia berkenaan dipercayai dijangkiti virus itu semasa menghadiri mesyuarat di Singapura.

Ia menjadikan keseluruhan kes positif Koronavirus di Malaysia sebanyak 10 kes melibatkan seorang rakyat Malaysia dan sembilan warga China.

Bagi kes pertama, lelaki warganegara China itu berasal Wuhan dan tiba di KLIA pada 18 Januari lalu.

“Beliau mula mengalami demam ringan pada 23 Januari 2020 dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kes telah dimaklumkan kepada KKM dan beliau telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) untuk tempoh 14 hari.

“Pada 2 Februari 2020, demam masih berterusan dan beliau telah dimasukkan ke HKL bagi menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020 (semalam),” katanya dalam satu sidang media di sini pada Selasa.

[LAPOR LANGSUNG] Angka korban lebih 400 di seluruh dunia

 
Katanya lagi, pesakit kini berada dalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China,” tambah beliau lagi.
 
Manakala, kes kedua melibatkan rakyat Malaysia pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu.
 
“Pada 29 Januari 2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk.  Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi,” ujar Dr Dzulkefly.

Beliau disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari.
 
Pesakit itu kini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.



[ad_2]
Source link