[ad_1]

CHINA hari ini mengesahkan jumlah positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara itu kini meningkat kepada 1,372 kes, lapor portal berita CCTV.

Bagaimanapun jumlah kematian masih kekal dengan angka terdahulu, dan 39 pesakit telah pun dikeluarkan dari hospital.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China sebelum ini melaporkan peningkatan kes positif koronavirus kepada 1,287 kes, dengan jumlah kematian tercatat sebanyak 41.

Menurut agensi berita AP, jumlah itu datang dari 29 wilayah merentasi China, termasuk 237 dilaporkan berada dalam keadaan serius.

BACA: Koronavirus: 1,287 kes di China, jumlah kematian meningkat kepada 41

Kesemua 41 kematian itu berlaku di China, termasuk 39 di wilayah Hubei, yang dikatakan pusat penularan virus berkenaan, satu di Hebie dan satu lagi di Heilongjiang.



[ad_2]
Source link