[ad_1]

HONG KONG: Hong Kong merekodkan kematian pertama penghidap novel koronavirus, menjadikannya sebagai kematian kedua di luar China.

Memetik laporan agensi antarabangsa, mangsa yang merupakan lelaki berusia 39 tahun dirawat di Princess Margaret Hospital di Kwai Chung, Hong Kong meninggal dunia pada pagi Selasa akibat kegagalan fungsi jantung secara mengejut.

Mangsa sebelum ini diagnosis hsebagai mangsa ke-13 positif virus tersebut di Hong Kong.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban lebih 400 di seluruh dunia

Mengikut rekod, mangsa pernah ke Wuhan, China pada 21 Januari lalu dan kembali ke Hong Kong dua hari kemudian menerusi rel ekspres, sebelum menunjukkan gejala seperti demam pada 31 Januari.

Mangsa sebelum itu menerima rawatan di Queen Elizabeth Hospital di Yau Ma Tei di mana dia disahkan dijangkiti virus tersebut.

Berdasarkan maklumat awal yang didedahkan Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong, mangsa turut mengalami masalah kesihatan yang lain.

Ibunya yang turut menginap bersama dengannya turut disahkan sebagai pesakit novel koronavirus ke-15 di Hong Kong walaupun tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan, China.

Sebelum ini, satu kes kematian direkodkan di luar China, iaitu di Filipina yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 44 tahun.



[ad_2]
Source link