[ad_1]

BEIJING: Kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan haiwan liar di pasar, pasaraya, restoran dan semua platform e-dagang di seluruh negara itu berkuatkuasa hari ini (Ahad, 26 Januari).

Keputusan pengharaman itu diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Biro Perhutanan negara itu dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan  penularan wabak koronavirus.

Dalam masa sama, semua tempat pembiakan haiwan liar seharusnya diasingkan sementara urusan penghantaran spesis berkenaan juga perlu diharamkan juga, tegas kenyataan itu lagi.

Wabak koronavirus sehingga kini telah mengakibatkan 56 kematian di China sementara 2,000 orang di seluruh dunia turut dijangkiti.

Penularan wabak berkenaan dilaporkan bermula di sebuah pasar di Wuhan iaitu sebuah wilayah di China yang dikesan menjual haiwan liar secara haram.

BACA: Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal – Tun M

B

ACA” Koronavirus: Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri



[ad_2]
Source link