[ad_1]

BINTULU: Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri berkenaan.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sabtu.

Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

“Penyakit tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China.

“Bermakna kita terpaksa membuat keputusan seperti tempat lain untuk tidak membenarkan mereka untuk datang ke Sarawak ketika ini,” jelas Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu

Untuk rekod sebanyak lapan kes disyaki Koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih tunggu laporan ujian makmal.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 250 nyawa

Mengulas mengenai nasib rakyat Sarawak yang berada di China Abang Johari berkata kerajaan negeri sedang berusaha untuk bawa mereka pulang.

“Kita sekarang memantau rakyat Sarawak yang ada di China sekarang balik kita akan menguruskan mereka untuk balik.

“Mereka akan ditempatkan di satu tempat kuarantin jabatan kesihatan telah kenal pasti satu tempat bangunan yang akan kita gunakan sebagai tempat kuarantin,” katanya.

Bagaimanapun jumlah sebenarnya rakyat Sarawak yang berada di China tidak dapat dipastikan.



[ad_2]
Source link