[ad_1]

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan empat kes baharu novel koronavirus (2019-nCoV) pada Rabu.

Ia melibatkan pesakit termuda iaitu seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang merupakan anak kepada pasangan yang dijangkiti virus tersebut.

Bayi tersebut dikesan positif koronavirus pada pukul 2 petang pada Rabu dan dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK.

Dia ditempatkan di bilik pengasingan di hospital tersebut.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia

BACA: Koronavirus: Enam kes baharu disahkan di Singapura, empat jangkitan tempatan

Daripada empat kes terbaharu ini, tiga kes mempunyai kontak dengan kes sebelum ini yang diumumkan pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan kes positif koronavirus di Singapura kepada 28 kes.



[ad_2]
Source link