[ad_1]

AMERIKA Syarikat (AS) dilapor merancang untuk membawa semua rakyat dan diplomat negara itu pulang ke AS dari Wuhan.

Memetik laporan akhbar Wall Street Journal pada Ahad, satu penerbangan disewakan khas untuk membawa kira-kira 230 penumpang pulang ke AS.

Washington dilaporkan telah diberi lampu hijau oleh Kementerian Luar China untuk menjalankan operasi tersebut.

Pada Khamis, jurucakap kedutaan AS di Beijing mengumumkan telah mengarahkan kesemua kakitangan kerajaan serta keluarga mereka untuk dibawa pulang.

Jelas jurucakap berkenaan kepada Reuters, keputusan itu dibuat berikutan penularan koronavirus serta gangguan logistik berpunca daripada pengangkutan terhad dan hospital yang terlalu padat di bandar Wuhan.

Setakat pagi Ahad waktu tempatan, China mencatat 56 kematian akibat koronavirus manakala 49 pula telah sembuh daripada jangkitan tersebut.

Secara keseluruhan, koronavirus telah dikesan di 15 negara termasuk kes terbaharu di Kanada.

Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengekalkan penilaian risiko yang sama terhadap koronavirus, yang masih dinilai sebagai sederhana pada tahap global.



[ad_2]
Source link