[ad_1]

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Negara pada Khamis.

Turut sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta timbalannya, Datuk Dr. Chong Chee Kheong. 

Noor Hisham dalam kenyataannya berkata pertemuan selama hampir satu jam itu adalah bagi pihaknya memberi sembah maklum berkenaan situasi jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
“Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah berkenan menerima sembah maklum situasi semasa kejadian jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia. “Di dalam pertemuan tersebut, Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang bersiap siaga mengawal keselamatan dan kesihatan negara.

“Baginda turut bertitah mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan kejadian jangkitan 2019-nCoV tanpa usul periksa,” memetik kenyataan tersebut.



[ad_2]
Source link