[ad_1]

PUTRAJAYA : Pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 28 hari di Kluster Pasar Besar Jalan Othman dan Kluster Benus tamat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu tiada kes kematian melibatkan COVID-19 dilaporkan.  

“Dimaklumkan laporan kluster yang telah tamat tempoh pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 28 hari sehingga 12 Jun 2020 ialah pertama, Kluster Pasar Besar Jalan Othman melibatkan jumlah kes positif 28 kes tetapi tiada kes kematian.

“Kluster kedua ialah Kluster Benus di Bentong, Pahang melibatkan kes positif lima dan tiada kematian,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Jumaat.

BACA: COVID-19: 33 kes baharu, 103 pulih dan satu kematian

Dalam pada itu, setakat ini, Kluster Pedas merupakan kluster aktif selepas menunjukkan pertambahan sebanyak empat kes COVID-19.

“Dimaklumkan kluster yang aktif di Malaysia sehingga 12 Jun 2020 iaitu Kluster Pedas ada pertambahan empat kes menjadikan jumlah 280 kes melibatkan 266 bukan warganegara. Lain-lain kluster tiada pertambahan,” tambahnya.



[ad_2]
Source link