[ad_1]

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kedai gunting rambut sebelum membenarkan perniagaan tersebut beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk mendapatkan data mengenai jumlah pekerja asing yang terlibat dalam industri tersebut.

Jelasnya, KKM menyedari industri tersebut melibatkan sentuhan dengan pelanggan, dan SOP yang tepat perlu bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.

“Jadi ini adalah satu data yang kita perlu dapatkan sebelum kita boleh cadangkan untuk buka kedai gunting rambut.

“Tetapi yang pasti SOP telah disediakan dan KKM sedang melihat pada SOP tersebut dan kita perhalusi SOP tersebut untuk pelaksanaan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.



[ad_2]
Source link