[ad_1]

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahlinya agar tidak lupa asas perjuagan parti itu.

Tegasnya, ahli parti perlu ingat bagaimana sokongan rakyat membantu kemenangan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya peringatkan, parti kita baru tiga tahun usianya. Mungkin kita belum lupa akan perjuangan kita tapi kalau tak beri ingatan, besar kemungkinan kita juga akan jadi seperti parti yang kita kalahkan itu, kerana mereka tak lagi disokong rakyat kerana mereka lupa akan perjuangan mereka.

“Kita tak boleh lupa. Kalau kita lupa, asal perjuangan kita maka kita juga akan ditolak rakyat,” ujar beliau ketika berucap smepena sambutan ulang tahun ketiga Bersatu dan jamuan makan malam.

Tambahnya dengan usia yang baru mencecah tiga tahun, banyak lagi pengalaman yang perlu ditempuhi.

“Nasib parti itu (BN)  menjadi sesuatu yang boleh beri pengajaran kepada parti kita.

“Kita boleh belajar bukan saja daripada pengalaman kita. Tapi kita boleh belajar dengan melihat apa yang berlaku pada pihak yang lain, kejayaan mereka, kegagalan mereka, sifat-sifat yang ada pada mereka, semua ini boleh beri pengajaran kepada kita.

“Yang mana kalau kita faham, kita belajar dan kita amal, maka kita boleh lebih selamat,” katanya lagi.

Tegas beliau, jangan pernah lupa asas perjuangan parti adalah untuk rakyat bukan untk diri sendiri.

Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu terdahulu menyertai ratusan ahli parti itu dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun ketiga penubuhan Bersatu.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, turut disertai orang awam.

Beliau tiba denagan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan  disambut meriah dengan laungan dan sorakan daripada 5,000 ahli di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu.



[ad_2]
Source link