[ad_1]

KUCHING: Apa yang kita boleh belajar dari sampah? Soalan itu dilontarkan Ketua Pegawai Eksekutif Teracycle Tom Szaky kepada hadirin di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK.

Szaky bukan nama kerdil dalam memperjuangkan amalan kitar semula.

Beliau cukup dikenali atas usahanya mengitar semula sampah menjadi produk guna semula ketika usianya 19 tahun.

Kesempatan berucap atas pentas Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Diperbaharui (SAREF 2019) dimanfaat pemuda berusia 37 tahun ini untuk berkongsi usaha berterusan Teracycle memupuk kesedaran mengenai penggunaan barang yang boleh diguna semula.

Usahanya tidak tertumpu hanya kepada individu malah termasuk syarikat pengeluaran minuman ternama.

“Sama ada mahu menubuhkan satu syarikat kecil untuk sertai industri (kitar semula) atau syarikat yang menghasilkan produk cantik dan praktikal atau syarikat memasak terbaik di dunia.

“Apa yang penting ialah reka bentuk,” jelas Szaky dalam sesi kelima SAREF 2019 pada Rabu.

Sesi bertajuk ekonomi kitaran (circular economy) itu turut menampilkan Pengarah Urusan (Asia Pacifik) Energy Institute, Peter Godfrey dan Ketua Serantau ASEAN Hub Global Reporting Initiative (GRI), Michelle Lemmens .

Ia dikendaikan Ketua Editor dan Naib Presiden Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron



[ad_2]
Source link