[ad_1]

FUKUOKA: Penerbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun yang sepatutnya berlepas esok (Selasa) ditunda ke Rabu ini sebagai langkah keselamatan susulan amaran ribut taufan di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Endie Shazli Akbar melalui aplikasi WhatsApp pada Isnin.

“Ada amaran ribut taufan. Jadi kena ambil langkah berjaga-jaga. Perubahan dibuat bagi mengurangkan risiko penerbangan,” ujarnya.

Perdana Menteri sebelum ini dijadual melakukan lawatan kerja selama tiga hari bermula 6 Ogos dan berakhir 8 Ogos ini.

Antara lain, Tun Dr Mahathir dijangka menyampaikan ucapan di Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Jepun bertajuk “Bagaimana Sains dan Teknologi akan menyumbang kepada Keamanan Dunia”.

Selain itu, beliau juga dijadual bertemu dengan Penasihat kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi.

Ini merupakan lawatan kerja rasmi kedua Tun Dr Mahathir ke Fukuoka selepas ke bandar itu setahun lalu.



[ad_2]
Source link