[ad_1]
Seorang sukarelawan Shirley Yap dari Kelab Mendaki Seremban memberitahu portal Daily Mail Online bahawa dia terdengar tentang keinginan gadis itu untuk melawat air terjun lantas membuatkan pasukannya bertekad untuk melakukan pencariannya di kawasan berkenaan.
“Kami dengar bahawa dia (Nora) sangat teruja untuk melihat air terjun apabila dia sampai ke resort,” jelas Shirley kepada portal tersebut.
“Kami mencarinya di kawasan itu dan menuruti aliran sungai.”
Laporan awal menyatakan bahawa mayat mayat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang Selasa.
BACA: Proses bedah siasat mayat Nora Anne dibuat pada pagi Rabu
BACA: Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne – Ketua Polis Negeri Sembilan
Mayat Nora ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.
Jasadnya ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap.
Polis memaklumkan bahawa kawasan penemuan mayat itu berada dalam kawasan pencarian sebelum ini.
[ad_2]
Source link