[ad_1]

KUALA LUMPUR: Petronas menjelaskan bahawa kes saman dan isu tuntuan bayaran cukai jualan 5 peratus oleh kerajaan negeri Sarawak tidak berasaskan kompetensi undang-undang.

Malah, Presiden dan Ketua Pegawai Eskekutif Petronas Tan Sri Zulkiflee Wan Ariffin berkata pihaknya sudah dinasihatkan oleh pelbagai pihak untuk tidak membuat bayaran tersebut.

“Dari segi tadbir urus, saya tidak boleh menyelesaikan tuntutan tersebut atas nasihat pakar undang-undang yang menyatakan cukai jualan itu bukan tanggung jawab Petronas.

“Oleh itu, kami menyerahkan keputusan itu kepada mahkamah. Ia bukan proses tadbir urus yang baik jika kami bertindak sebaliknya,” kata Zulkiflee.

Sebelum ini, Kerajaan negeri Sarawak telah memfailkan satu writ saman terhadap Petronas yang didakwa gagal membayar cukai jualan 5 peratus bagi barangan petroleum yang dieksport daripada negeri itu.



[ad_2]
Source link