[ad_1]

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 81,668 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,574 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 76 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,873 orang.

“Sebanyak 23,947 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,301 kes, diikuti Jakarta (713 kes), Jawa Tengah (267), Sulawesi Selatan (266) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link