[ad_1]

RIYADH: Angka perceraian di Arab Saudi telah meningkat sebanyak 30 peratus ketika krisis COVID-19, lapor media tempatan.

Peningkatan itu dikatakan berpunca daripada para isteri mendapat tahu suami mereka telah berkahwin lagi secara rahsia sewaktu tempoh perintah berkurung, lapor akhbar harian Saudi, Okaz.

Sebanyak 7,482 kes perceraian dicatatkan di Arab Saudi pada bulan Februari ketika perintah berkurung dan kawalan pergerakan baru dilaksanakan.

Tiada rekod untuk bulan-bulan berikutnya akibat penangguhan prosiding mahkamah, lapor Gulf News.

Sebahagian besar perceraian difailkan di Mekah dan Riyadh.

Negara-negara lain, termasuk China, turut melaporkan pertambahan angka perceraian dalam tempoh yang sama, ketika pelaksanaan perintah berkurung dan kawalan pergerakan.

Terdapat kebimbangan terhadap peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika pandemik COVID-19 menyebabkan tekanan ekonomi dan membawa pergaduhan dan ketegangan dalam hubungan suami isteri.

Arab Saudi dan negara-negara Teluk lain ketika ini telah mula melonggarkan perintah berkurung susulan impak negatif terhadap ekonomi negara masing-masing, namun angka perceraian dilaporkan masih tinggi.



[ad_2]
Source link