[ad_1]

ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.38 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University mendedahkan terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan 3.75 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.07 juta kes dan India 1.07 juta kes.

Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.38 juta kes.
Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 770,000 kes.

Peru, Chile, Afrika Selatan dan Mexico pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman dan Bangladesh.

Empat lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 85,000 kes.



[ad_2]
Source link