[ad_1]

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes dan tetapkan bicara membabitkan kes anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah Januari lalu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan perkara itu selepas sebutan semula kes hari ini.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful didakwa memberikan diri sendiri dadah jenis THC yang dimasukkan ke dalam badannya di sebuah tandas sebuah pusat hiburan, pada Januari.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Jika sabit kesalahan, pesalah juga wajib diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 38B akta sama, selama tiga tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Josiendra Abu Senin manakala tertuduh diwakili peguam Nasar Khan.

BACA: Anak Mat Sabu ditahan positif ganja

BACA: ‘Anak saya sama seperti anak orang lain’, Mat Sabu serah pada pihak berkuasa

BACA: Kes dadah anak: Mat Sabu serah pada undang-undang

BACA: ‘Anak tok imam pun boleh terjebak’ – Tajuddin minta henti kecam Mat Sabu

Ahmad Saiful Islam Mohamad di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI



[ad_2]
Source link