[ad_1]

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan Kerajaan Negeri akan terbentuk mengikut acuan di Putrajaya sekarang.

Ketika ditemui pemberita di hadapan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan membincangkan bentuk kerjasama dengan ahli dewan undangan negeri lain di bawah Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, katanya lagi, beliau perlu pulang segera ke Perak bagi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik terkini.

“Mungkin sudah,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk kerajaan baharu.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata, beliau mengharapkan agar kekal sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan baharu itu.



[ad_2]
Source link