[ad_1]

JOHOR BAHRU: Kematian pemandu bas di sebuah kolej vokasional dekat Batu Bahat disebabkan sakit jantung dan bukan dibelit atau dipatuk ular.

Perkara itu disahkan sendiri Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supritenden Mohamad Izuddin Runggai.

Sebelum itu, dalam kejadian kira kira 9 malam tadi, pihak polis menerima aduan daripada anak mangsa bahawa ayahnya dibelit ular yang cuba dikeluarkan daripada dalam kereta di kawasan tempatnya bekerja dan mengalami sesak nafas.

Mangsa yang berusia 59 tahun bagaimanapun dibawa ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung.

Mohamad Izzudin juga memberitahu, keterangan saksi juga tidak jelas berkaitan kejadian itu sama ada ayahnya dipatuk ular atau tidak.

Katanya, pengadu hanya memaklumkan, beliau cuba membantu mangsa yang ketika itu dalam keadaan lemah dan seekor ular sedang membelit tangan kiri mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



[ad_2]
Source link