[ad_1]

KOTA BHARU: Kelantan diramalkan menerima taburan hujan yang masih berbaki sebanyak 30 peratus yang dijangka melanda bulan ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Abdullah Awang berkata, mengikut kebiasaannya, baki 30 peratus itu akan lebat taburannya pada Disember.

Menurutnya, 70 peratus taburan hujan sudah turun di seluruh Kelantan dan jangkaan hujan lebat akan berlaku sepanjang Disember.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan hulu, ia akan menyumbang kepada peningkatan paras air sungai.

Abdullah berkata, pintu air di Sungai Keladi akan ditutup secara automatik sekiranya paras air meningkat kepada tiga meter yang mungkin mendatangkan risiko kepada penduduk sekitar.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat malam tadi dengan mencatatkan bacaan 9.41 meter melepasi paras bahaya.



[ad_2]
Source link