[ad_1]

PASUKAN Bola Sepak Kedah (KFA) kecewa dengan Malaysia Football League (MFL) kerana membatalkan geran yang bakal diperuntukkan kepada negeri-negeri yang bertanding dalam Liga Piala Malaysia.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Harris berkata, bagaimanapun dalam bajet 2020 kerajaan negeri telah membentangkan belanjawan yang lebih besar untuk bola sepak Kedah memandangkan Kedah akan bertanding dalam liga AFC, di samping Piala Malaysia dan Piala FA.

Menurut Mohd Asmirul, pembatalan geran itu agak mengecewakan pasukan Kedah, dan pasukan terpaksa mencari sumber lain untuk penajaan.

Selain itu, katanya, KFA akan menjual cenderamata berupa lambang helang merah sebagai menampung kewangan persatuan.

“Kita juga bermain Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, mungkin (mengharapkan) ada tambahan sedikit. Jadi bagi pihak KFA, kita kecewa pada apa yang diumumkan oleh FLM.

“Dalam masa yang sama kita bersiap sedia mencari penajaan utama bukan saja daripada GLC, swasta dan sebagainya.  Kita juga menjual apa-apa cenderamata yang melambangkan logo helang merah atau KFA itu sendiri seperti jersi, rantai kunci atau koleh,” ujarnya.



[ad_2]
Source link