[ad_1]

SUNGAI PETANI:

Dua buah rumah pangsa Paya Nahu di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

 

Kejadian berlaku kira-kira jam 5:30 pagi itu disedari jiran yang bangun untuk menunaikan solat subuh.

 

Tindakan pantas jiran tersebut berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang sedang tidur.

 

Menurut Pegawai Operasi Bomba, Aman Jaya, PBK II Mohd Hafiezul Ishak, kebakaran melibatkan dua buah rumah pangsa kelas “A” di tingkat 4 rumah pangsa berkenaan.  

Foto Astro AWANI

 

Sebuah rumah tanpa berpenghuni mengalami kemusnahan 80 peratus manakala rumah sebelahnya yang dihuni sebuah keluarga terbakar di bahagian siling.

 

Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan kemalangan jiwa.

 

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan enam buah rumah lain di blok yang sama dan bahagian atas rumah pangsa terbabit.

 

Kebakaran berjaya dikawal 20 minit kemudian.

 

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.



[ad_2]
Source link