[ad_1]

JEREBU tebal menyelubungi Melbourne dan Canberra di Australia pada Isnin.

Menurut Pegawai Kanan Biro Meteorologi Australia, Tom Delamotte, asap tebal itu dipercayai datang dari kebakaran hutan yang berlaku di Victoria.

“Kami menyaksikan pergerakan angin sejak malam tadi yang dibawa dari Victoria kepada beberapa kawasan di bandar ini termasuk Melbourne.

“Asap dari Tasmania bukanlah faktor utama, tetapi ia juga berpunca daripada kebakaran di New South Wales dan di Victoria,” kata Delamotte.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan keadaan jerebu akan berterusan di Melbourne sehingga Jumaat di mana dijangka angin kencang akan berlaku di kawasan itu.

“Masih tidak pasti adakah ia akan mencecah tahap buruk seperti hari ini,

“Tetapi esok berkemungkinan akan menjadi buruk seperti hari ini. Jerebu mungkin akan berterusan sehingga Jumaat,” tambahnya.

BACA: Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra

BACA: Penduduk dipindahkan menaiki pesawat tentera Australia

Setakat ini, Canberra mencatatkan kualiti udara yang terburuk.

Dengan keadaan asap tebal itu, usaha pasukan tentera untuk memindahkan orang awam keluar dari Bandar Mallacoota.

Sementara itu, masih terdapat sejumlah 300 orang awam yang akan dipindahkan pada Isnin.



[ad_2]
Source link