Penggunaan kad kredit adalah merupakan satu pilihan kepada pengguna diluar sana untuk membuat sebarang pembayaran tanpa tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Namun terdapat kebaikan dan keburukan kad kredit didalam penggunaannya untuk anda sebagai pengguna wajib ambil tahu.
Semestinya setiap kemudahan kad daripada bank ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Kad kredit adalah satu kemudahan atau satu bentuk instrumen kewangan yang membolehkan seseorang pengguna itu membuat pembelian dengan menggunakan kredit(kemudahan kewangan) yang diberikan oleh pihak bank atau institusi kewangan yang berdaftar.
Kad kredit secara kebiasaanya diberikan kepada pelanggan bank yang layak dengan syarat bahawa mereka akan membayar balik jumlah yang dipinjam dengan kadar interest/faedah yang dikenakan setiap bulan.
Setiap kad kredit yang diberikan oleh bank mempunyai had kredit maksimum yang ditentukan oleh bank, dan pelanggan perlu membayar balik jumlah yang dipinjam dalam jangka waktu tertentu yang telah ditetapkan dan yang telah dipersetujui.
Kad kredit biasanya digunakan untuk membuat pembelian barangan atau perkhidmatan di kedai-kedai, dalam pembelian online atau untuk membuat pembayaran bulanan seperti bil telefon dan utiliti.
Selain itu juga banyak pengguna kad kredit menggunakan kad kredit untuk membayar ketika mengisi minyak petrol di stesen minyak.
Walau apa pun jenis kegunaannya, ia adalah terpulang kepada kehendak pengguna masing masing.
Seseorang yang mahu menggunakan kad kredit dia hendaklah membuat permohonan kepada bank.
Ia tidak sama seperti kad debit, apabila bukan akaun bank akan automatik diberikan kad debit oleh bank.
Semestinya ada syarat syarat yang telah ditetapkan oleh bank bagi sesiapa yang mahu memohon mendapatkan kad kredit ini.
Antara syarat syarat umum yang biasa di kenakan oleh bank bagi memohon kad kredit adalah seperti berikut:
Setiap bank atau institusi kewangan mempunyai syarat syarat yang berbeza.
Sebab itu ada bank yang mudah untuk luluskan permohonan dan ada bank yang begitu sukar untuk luluskan permohonan kad kredit ini.
Oleh sebab itu sekiranya anda ingin membuat permohonan kad kredit sebolehnya anda perlu faham syarat dan terma terma yang ditetapkan oleh pihak bank sebelum anda membuat permohonan.
Didalam menggunakan kad kredit ini ada kelebihan dan kekurangannya.
Kali ini kita lihat apakah kelebihan dan kekurangan jika menggunakan kad kredit ini.
Kebaikan kad kredit:
Keburukan kad kredit:
Perbezaan | Kad Kredit | Kad Debit |
---|---|---|
Sumber dana | Menggunakan wang yang diberikan secara kredit daripada bank atau institusi kewangan | Menggunakan wang simpanan sendiri yang anda didalam akaun bank |
Pinjaman | Melibatkan pinjaman wang yang perlu dibayar balik dengan faedah jika dibayar tidak mengikut tempoh yang ditetapkan | Tidak melibatkan pinjaman, hanya menggunakan dana dalam akaun bank sendiri sahaja |
Interest | Kadar faedah adalah lebih tinggi | Tidak ada interest kerana menggunakan wang sendiri |
Had kredit | Bank menetapkan had/limit kredit maksimum yang boleh dipinjam | Anda yang tentukan berapa jumlah yang perlu ada dalam akaun bank anda |
Kelebihan dana | Membolehkan pembelian yang melebihi baki dalam akaun | Tidak membenarkan pembelian melebihi baki dalam akaun |
Cara pembayaran | Perlu buat bayaran semula bulanan minimum atau bayaran balik secara penuh | Bayaran secara secara terus ditolak daripada akaun bank setiap kali menggunakan kad |
Cara Memiliki | Perlu memohon kepada bank dengan syarat syarat yang telah ditetapkan | Dapat secara automatik selepas membuka akaun simpanan didalam sesebuah bank |
Begitulah antara kebaikan dan keburukan jika menggunakan kad kredit ini.
Apa pun ia adalah terpulang kepada tahap disiplin anda bagaimana anda boleh menggunakan kad kredit ini dan juga boleh membuat bayaran balik mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh bank.
Jika anda boleh kawal maka tidak ada masalah untuk menggunakan kad kredit ini.
Baca juga tentang Cara Simpan Duit Tak Kisah Berapa Gaji Anda
Hampir semua bank yang berdaftar ada menyediakan kemudahan kad kredit kepada pengguna.
Limit atau had penggunaan jumlah wang bagi sesuatu kad kredit adalah tidak sama mengikut masing masing bank.