[ad_1]

KUALA LUMPUR: Adik mendiang Datuk Anthony Kevin Morais menyifatkan hukuman mati yang dijatuhkan kepada enam individu yang terbabit dalam pembunuhan abangnya, sebagai keadilan yang telah lama dinantikan.

Richard Morais tidak dapat menahan sebak ketika bertemu media selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh iaitu Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.

“Empat tahun tertekan menanti keputusan, saya memang mengharapkan hakim mendengar suara saya dan ‘rintihan’ Kevin, dan menjatuhkan hukuman paling maksimum kepada pesalah.

“Hukuman ini tidak dapat mengubati kesedihan kami sekeluarga akibat kehilangan Kevin, tetapi ini akan memberi penutup kepada kami, apabila mengetahui mereka tidak akan (berada) dalam kalangan masyarakat lagi selepas ini,” katanya.

Richard juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan pendakwaraya yang dianggap cukup berdedikasi dan berjaya membuktikan kes, serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan penjenayah terbabit dalam tempoh masa yang singkat.

Terdahulu, enam individu tersebut dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh Kevin, lima tahun lalu.

Timbalan Pendakwaraya itu dilaporkan hilang pada 4 September 2015, selepas tidak hadir ke pejabat.

Mayat mangsa ditemui di satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ1, dalam tong dram yang diisi konkrit, pada 16 September.

Perbicaraan bermula pada 6 April 2016, dengan 84 saksi dipanggil, termasuk 14 daripada pihak pembelaan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



[ad_2]
Source link