[ad_1]

MERSING: Kayak dipercayai milik dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Perairan Endau, ditemui kira-kira 12.30 tengah hari pada Selasa.

Bot milik mangsa, Tan Eng Soon, 62 tahun dan Puah Geok Tin, 57 tahun ditemui nelayan tempatan di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Turut ditemui ialah barang-barang peribadi dipercayai milik mangsa dalam kayak berkenaan, iaitu beg duit berisi wang tunai Malaysia dan Singapura, telefon bimbit, pasport Singapura milik Tan Eng Soon, satu beg pakaian, kad pengenalan diri dan pendayung.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid dalam kenyataannya memberitahu, jarak lokasi penemuan dengan lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang ialah kira-kira 80 batu nautika.

BACA: Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing

Kayak dan semua barang yang ditemui diserah kepada Maritim Negeri Pahang untuk tindakan lanjut.

Turut ditemui ialah barang-barang peribadi dipercayai milik mangsa dalam kayak berkenaan. - Foto Astro AWANI

Melalui penemuan itu, pihak maritim percaya telah menemui petunjuk baharu dan operasi mencari dan menyelamat akan dirancang bersesuaian dengn maklumat diperoleh.

Khamis lalu, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.



[ad_2]
Source link